Perjalanan pulang ke kampung , aku terjumpa dengan seorg pakcik tua, duduk disisi jejantas sambil tangan memegang bekas minuman yang berisi syiling. Kakinya kudung sebelah. Kesian. Tak dapat nak digambarkan kalau aku berada pada tempat org tua tu. Bagaimana aku nak teruskan hidup tanpa kaki? Bagaimana aku ingin mulakan langkah jika aku tidak berkaki?. Aku mengendahkan org tua itu dan terus berlalu pergi kerana aku dah lali dengan situasi itu. Lagipun pakcik tua itu da terlalu sinonim dengan jejantas itu kerana setiap kali hendak menaiki komuter atau bas pasti akan melalui jejantas itu.
Lepas membeli tiket aku, duduk memerhati gelagat org di sekeliling aku. Hmmm tiada apa-apa yang menarik. Sekadar puluhan orang yang bermuka masam tiada senyum menunggu komuter yg tidak kunjung tiba. Ya sama seperti aku, panas hati bila menunggu komuter. Angin yang bertiup pon tidak mampu menyejukkan hati, ditambah pula dengan panas terik si matahari. Papan informasi pula seakan-akan ketawa melihat gelagat kami. Mana tidaknya, masa pjalan telah tiba tapi kelibat bayang-bayang komuter masih tiada.
Setelah sabar menunggu akhirnya tiba juga ape yang dinanti. Di koc paling akhir aku melangkah masuk bersama beg coklat digalas di bahu kanan dan beg hijau dijinjing di tangan kiri. Isinya hanya sekadar baju, seluar dan buku. Perjalan diteruskan ke Seremban. Di sana aku akan disambut oleh kawan untuk pulang menaiki kereta ke Melaka. Keadaan di dalam koc agak lengang, ade yang tersengguk mengantuk mungkin terlalu penat menunggu komuter, ada juga yang memandang luar mungkin takut terlepas destinasi yang dituju.
Tiba-tiba aku terlihat seorang pemuda, lebih kurang sebaya, berambut spike membawa beg biru dan memakai seluar pendek. Segak bergaya tapi sayang tangan kirinya tiada. Aku terkesima dan pelik kerana kali kedua terjumpa orang cacat anggota. Kembali aku berfikir sejenak, sama persoalannya seperti pakcik tua td. Bagaimana aku nak teruskan hidup tanpa tangan? Bagaimana aku ingin mengubah sesuatu jika aku tidak bertangan?.
Ya tersedar aku sebentar. Aku mula melihat diri aku. Aku masih mempunyai kaki untuk melangkah mencari rezeki dan aku juga masih mempunyai tangan untuk menggengam nikmat tuhan. Aku akui kadang-kadang aku tidak pernah merasa cukup dengan apa yang tuhan berikan dan aku tidak pernah merasa puas dengan apa yang tuhan anugerahkan tetapi hari ini aku belajar sesuatu perkara yang mungkin aku hampir-hampir tlupa iaitu SYUKUR~. Syukur kerana diberikan kesempuranaan ini.
"syukur penambah nikmat"
p/s: bersyukur kerana telah sampai ke kampung halaman.
No comments:
Post a Comment